Mutiara Wahyu

Bab 19 Khusyuk Dalam Solat

Amal ham yang diperiksa pertama kali di Hari Kiamat adalah solat. Jika sempurna diterimalah ia dan seluruh amalnya. Jika ternyata kurangm ditolak ia dan seluruh amalnya. Rasulullah SAW bersabda, 

"Solat wajib itu ibarat timbangan. Siapa menyempurnakan akan mendapat balasannya."

Baginda juga bersabda:

"Siapa solat tepat waktunya, menyempurnakan wudhuk, rukuk dan sujud serta khusyuk, naiklah solat itu bagai telur kuning dan berkata, "Semoga Allah menjagamu sebagaimana engkau menjagaku," Dan siapa solat tidak tepat pada waktunya, tidak pula menyempurnakan wudhuk, rukuk, sujud dan khusyuknya, naik ia seperti hitam pekat dan berkata, "Semoga Allah mensia-siakannya seperti engkau mensia-siakanku," Lalu Allah membungkusnya seperti membungkus pakaian manusia dan melemparkannya ke mukanya."

Sesetengah ulama berkata, "Orang solat ibarat pedagang yang tidak untung sebelum menerima modal. Demikianlah pula orang solat. Tidak diterima sunatnya sebelum dia lakukan yang fardhu." Abu Bakar ra berkata, "Jika datang solat, berdirilah ke Neraka Tuhanmu yang kau nyalakan lalu kau padamkan."

Baginda bersabda:

"Jika solat tidak menghalangi kejahatan dan kemungkaran seseorang, maka bertambah jauh dia dari Allah. Dan solat orang yang melambat-lambatkannya takkkan mencegah kejahatan dan kemungkaran."

Baginda bersabda:
"Betapa banyak orang berdiri solat. Namun yang didapatinya hanyalah kesusahan. Tidak lain adalah orang yang melengah-lengahkkannya."

Bab 20 Ghibah (Mengumpat) Dan Memfitnah


Allah SWT mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai ”Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai).”

Baginda juga bersabda:
“Setiap muslim haram darah, harta dan hargai dirinya atas muslim lainnya.”


“Takutlah ghibah. Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya.”

Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Siapa mengumpat bermaksud menghinakan saudaranya, Allah meletakkannya di jambatan Neraka pada hari Kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakan.”

Dirawikan perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, “Wah, pendeknya dia.” Segera Rasulullah SAW berkata, “Engkau telah mengumpatnya hai Aisyah!” Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Jangan kalian berghibah. Dalamnya ada tiga keburukan: Doanya tidak dikabulkan, kebaikkannya tidak diterima dan akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpat.”

Diceritakan Amr  bin Dinar dia berkata, “Seorang lelaki Madinah kembali semula ke kubur saudara perempuannya kerana teringat dompetnya yang tertinggal.” Setelah sebahagian kubur itu terbuka, tiba-tiba ada api yang menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya: “Ceritakan kepadaku apa cela saudaraku?” Ibunya berkata, “Saudaramu suka pergi ke rumah jiran  menceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah.” Jelaslah bahawa hal itulah menyebabkan akan seksa kubur. Siapa ingin selamat hendaklah tinggalkan ghibah dan memfitnah.

Hasan ra berkata, “Demi Allah ghibah itu lebih cepat meruntuhkan agama seseorang mukmin daripada pemakan jasad.”

Allah SWT berfirman:
“Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.”

Rasulullah SAW bersabda:
“Takutlah ghibah. Ia lebih kotor daripada zina.” Mereka bertanya, “Bagaimana ia lebih kotor dari zina?” Nabi SAW menjawab, “Seorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah belum ampuni kecuali telah dimaaf oleh yang diumpat.”

Bab 18 Keutamaan Kasih Sayang

Rasulullah SAW Bersabda:

"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi orang lain."

Telah Rasulullah SAW bersabda:

"Suatu hari orang berjalan, di tengah jalan dia kehausan apabila terjumpa sumur terus dia turun dan minum. Ketika naik dia melihat anjing menjulurkan lidah kerana kehausan." Lelaki itu berkata, "Anjing ini kehausan seperti aku tadi." Sepatutnya dia berikan anjing itu minum. Legalah anjing itu dan bersyukur kepada Allah sehingga Allah mengampunkan lelaki itu." Mereka berkata, "Ya kepada Rasulullah, adakah pahala bagi kami bila kami berbuat baik pada binatang?" Rasulullah menjawab, "Pada setiap yang berhati baik ada pahalanya."

Dari Hasan, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:

"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim."

Bab 17 Amanat dan Taubat


Dirawikan dari Amr bin Dinar dari Jaafar dari Nabi SAW beliau bersabda:
“Siapa lupa membaca selawat padaku, salahlah ia meniti jalan di Syurga.”

Rasulullah SAW bersabda:

“Pembohong, penipu dan pengkhianat tempatnya Neraka.”

Beliau juga bersabda:
“Siapa bekerjasama dengan manusia. Dia tidak menzalimi mereka. Dan apabila berkata tidak bohong. Maka dia termasuk orang yang sempurna harga dirinya, terbukti keadilannya dan mestilah berkawan dengannya.”

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang taubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci.”

Lalu Allah member wahyu padanya, “Hai Adam, Kutimpakan pada keturunanmu kepayahan dan Kuterima taubat mereka. Jika mereka berdoa pada-Ku, Ku kabulkan seperti Aku mengabulkanmu. Jika mereka mohon ampun, Aku tidak bakhil. Aku Maha dekat dengan gembira dan senyum. Doanya dikabulkan.”

Baginda bersabda:
“Jika kau berbuat kesalahan memenuhi langit, lalu menyesal, tentu Allah menerima taubatmu.”

Baginda bersabda lagi:
“Seorang hamba berdosa, namun dia bersamanya masuk Syurga”. Ditanyakan, “Bagaimanakah demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kerana matanya letih bertaubat juga menjauhi larangannya hingga masuk Syurga.”

Baginda bersabda:

“Adalah penghapus dosa itu penyesalan.”

Dan beliau bersabda lagi:
“Orang yang bertaubat seperti orang yang tidak berdosa.”

Bab 16 Memusuhi Syaitan


                Iblis menjawab, “Dengan lima cara akan menghancurkan manusia. Tiga antaranya akan ku ceritakan padamu tapi yang dua tidak.” Kemudian Nuh berkata, “Apa yang dua itu?” Iblis menjawab, “Keduanya itu tidak mendustakan dan mengingkariku. Dengan keduanya kuhancurkan manusia iaitu rakus dan hasad. Dengan hasad aku dilaknati dan direjam. Adapun rakus, telah menyebabkan Adam terkeluar dari Syurga. Maka aku menggodanya dengan kerakusan.”

Lorong lain adalah kenyang makan meskipun halal. Sebab kenyang akan menguatkan syahwat sebagai pedang syaitan.

                Telah dirawikan bahawa Yahya as Nampak Iblis membawa penjerat lalu Yahya bertanya, “Ya Iblis penjerat apa itu?” Iblis berkata, “Inilah syahwat kupakai menjerat manusia.” Nabi Yahya berkata, “Adakah aku akan dijerat?” Iblis menjawab, “Jika kamu kenyang, kuberatkan kau dari solat dan zikir.” Nabi Yahya bertanya lagi, “Adakah selain dari itu?”  Iblis menjawab, “Tidak.” Lalu Nabi Yahya berkata, “Kerana Allah semata, perutku takkan kupenuhi makanan selamanya.” Iblis juga berkata, “Demi Allah, aku akan menggoda manusia di sepanjang hayatnya.”

Adapun lorong iblis yang lain ialah suka berhias pada pakaian dan rumah oleh perempuan. Syaitan selalu menghasut orang untuk itu hingga dia kerugian umurnya dan takkan sedar sampai mati bahawa dia di jalan syaitan dan mengikut hawa nafsu yang berakibat buruk. Na’uzubillah.

Sedangkan tamak juga adalah lorong iblis.

Demikian pula sifat tergesa-gesa termasuk lorong syaitan. Rasulullah SAW bersabda:
“Tergesa-gesa itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah. Ketika tergesa-gesa syaitan meniupkan kejahatannya kepada seseorang sekira dia tidak tahu.”

Kemudian bakhil dan takut fakir juga merupakan lorong iblis. Tidak sedekah dan infak.

Demikian halnya sebagai lorong syaitan. Iaitu fanatic kepada mazhab, syirik, merosakkan abid dan fasik.

Bahkan suuk zan terhadap kaum muslimin, juga lorong syaitan. Maka wajib bagi seseorang menghindarkannya. Sesungguhnya orang yang suuk zan amat keji batinnya.

Bab 15 Amar Makruf Nahi Munkar


Dari Anas bin Malik berkata: Telah berkata Rasulullah SAW,
“Siapa membaca selawat padaku sekali, Allah memerintahkan mendung putih mengambil air dari lautan rahmat. Maka dia ambil, lalu Allah memerintahnya agar menitik. Ketika ia menitik, setiap titikan di atas bumi Allah jadikan emas, yang menitik di gunung dijadikan perak serta yang menitisi orang kafir dijadikan iman.”

Allah SWT berfirman:

Ertinya: “Engkau umat terbaik dikeluarkan untuk manusia..”

                Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik manusia adalah orang yang bermanfaat bagi manusia dan seburuk manusia orang yang membahayakan manusia.”

Nabi Musa as berkata:
“Ya Tuhanku, apakah pahala orang yang menyeru saudaranya memerintah yang makruf dan melarang yang mungkar?”

Allah berkata:
“Aku tulis untuknya setiap satu kalimat seperti beribadah setahun dan Aku malu menyeksanya dengan Neraka-Ku.”

Disebutkan oleh Allah SWT:
“Adakah patut kamu suruh manusia kebaikan dan kamu lupakan dirimu sendiri, sedang kamu membaca Kitab. TIdaklah kamu memikirkannya?”

                “Sesungguhnya Allah punya para pejuang di muka bumi lebih dari para syuhada. Mereka hidup diberi rezeki, dimuliakan Allah dan para malaikat langit menghis Syurga untuk mereka.” Abu Bakar bertanya , “Siapakah mereka?” Rasulullah menjawab, “Orang yang memerintahkan kebiakan melarang kemungkaran serta suka dan benci kerana Allah.”

                Allah berkata, “Hai Musa, adakah engaku telah menyintai wali-Ku dan memusuhi musuh-Ku?” Kemudian tahulah Musa as bahawa amal yang paling utama adalah menyintai Allah dan benci pada musuh kerana Allah.

                Dari Anas bin Malik ra berkata: Kami bertanya, “Ya Rasulullah, bolehkah kami memerintahkan kebaikan sedangkan kami tidak mengamalkan keseluruhannya?” Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkan kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkannya dan larangkan kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhi seluruhnya.”

                Badhus Salaf berwasiat kepada anaknya seraya berkata, “Bila kamu hendak amar makruf tanamlah dalam dirimu dengan sabar dan percayalah akan pahala dari Allah. Barangsiapa percaya akan pahala dari Allah tidak akan terkena penyakit.”

Bab 14 Menyempurnakan Solat Dengan Khusyuk


Diriwayatkan dari Hasan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Solat lima waktu ibarat sungai yang banyak airnya mengalir pada tiap-tiap seorang kamu. Setiap hari ia mandi di situ lima kali. Apakah ia masih kotor?” Yakni solat itu membersihkan dosa. Kecuali dosa besar. Jika solat dilakukan dengan hati khusyuk dan hadir. Jika tidak, maka solat itu ditolak.
               
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa solat dua rakaat. Hatinya tidak ingat sesuatu pun tentang dunia, maka dosanya yang terdahulu diampuni.”

                Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa solatnya tidak boleh mencegah kekejian dan kemungkaran, maka dia hanya bertambah jauh dari Allah.”
               
Bakar bin Abdullah berkata, “Hai manusia, jika kau ingin masuk pada Maulamu tanpa izin dan bicara pada-Nya tanpa penterjemah, tentu akan dapat.” Ditanyakan, “Bagaimana caranya.” Dia berkata, “Sempurnakan wudhukmu, masuklah mihrabmu, maka kau telah masuk pada Maulamu tanpa izin dan bicara pada-Nya tanpa penterjemah.”

Dirawikan dari Hatim al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab, “Ketika tiba solatku sempurnakan wudukku, aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu ku dirikan solat. Aku jadikan kaabah di depan mataku, sirat di bawah tapak kakiku. Syurga di kananku, Neraka di kiriku, malaikat maut di belakangku dan ku kira itu solatku yang terakhir, kemudian aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu apakah solatku diterima atau tidak.”
Ibnu Abbas ra berkata, “Solat dua rakaat dengan khusyuk adalah lebih baik dari solat sepanjang malam tetapi hati lalai.” Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba di akhir zaman di mana umat Islam dating ke masjid mereka membincangkan hal dunia.  Jangan kau ikuti mereka. Allah tidak memerlukan mereka.”

Tangan Amr bin Dzar digigit oleh sesuatu. Beliau seorang zahid dan abid. Lalu doctor berkata padanya, “Tanganmu mesti dipotong.” Amr berkata, “Silakan.” Lalu tabib berkata, “Potonglah dia!” Mereka berkata, “Kami tidak sanggup memotongnya kecuali mengikatnya dengan tali.” Amr berkata, “Tidak, potonglah ia ketika aku melakukan solat.” Ketika Amr sedang solat, maka tangannya dipotong dan dia tidak merasakan kesakitannya.

Bab 13 Amanat Allah


Siapa menjaga amanat Allah, tentu Allah akan menjaga keimanannya.

Dan telah bersabda Rasulullah SAW:

“Umatku sentiasa baik selama tidak menjual amanat dan menggadaikan kejujuran.”

Dan baginda juga bersabda:
“Sampaikan amanat pada orang yang mempercayaimu dan jangan mengkhianati orang yang mengkhianatimu.”


Dalam Sohihain dari Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Tanda orang munafik itu tiga: Jika berkata dia bohong, jika berjanji dia mungingkari dan jika dipercayai dia khianat.”

Bab 12 Iblis Dan Seksaannya


                Adapun Iblis tidak mengakui dosanya tidak menyesalinya tidak mencela dirinya dan tidak segera bertaubat malah putus asa dari rahmat  Allah dan sombong. Barangsiapa seperti Iblis, Allah tidak akan menerima taubatnya. Dan siapa seperti Adam, Allah terima taubatnya. Dosa dari syahwat masih boleh diampunkan tetapi dosa dari kesombongan tidak akan diampunkan. Maksiat Adam adalah dari syahwat. Sedangkan maksiat Iblis datang dari kesombongannya.

                Saudaraku, jika engkau ingin selamat dari Iblis mohonlah perlindungan dari Allah SWT.

                Allah berkata, “Aku terima taubat mereka selama mereka (umat Adam) selama mereka masih hidup.” Adam berkata lagi, “Tambahilah aku.” Allah berkata lagi, “Aku ampuni mereka dan aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan.”
               
Kemudian Iblis berkata, “Ya Tuhanku, Kau jadikan utusan kepada manusia dan Kau beri kitab. Maka siapakah utusanku dan apakah pula kitabku?” Allah berkata, “Utusanmu tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadismu bohong, Quran-mu syair, tukang azanmu seruling, masjidmu pasar, rumahmu adalah di tandas, makananmu sesuatu yang tidak diserta dengan nama-Ku, minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan.”

Bab 11 Taat dan Mahabbah Kepada Allah dan Rasul-Nya


 Allah SWT berfirman:

Ertinya: “Katakanlah, jika kamu menyitai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu…”
“Barangsiapa menghidupkan sunnah bererti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari Kiamat di Syurga.”

                Telah berkata, Imam Junaid ra, “Tak seorang pun sampai kepada Allah melainkan dengan pertolongan Allah dan jalan untuk wushul (sampai) kepada Allah adalah mengikuti Nabi SAW.”

                Telah berkata, Sufyan ra, “Siapa suka orang yang suka Allah bererti dia suka Allah. Siapa memuliakan oran yang memuliakan Allah sama dengan dia memuliakan Allah.” Telah berkata Sahal ra, “Tanda cinta Allah adalah cinta Al-Quran. Tanda cinta Allah dan Al-Quran adalah cinta Nabi SAW. Dan tanda cinta Nabi adalah cinta sunnah. Lalu tanda cinta sunnah adalah cinta Akhirat. Dan tanda cinta Akhirat itu benci dunia dan dia hanya mengambil untuk sekadar bekal ke Akhirat.”

                “…ingatlah kepada Allah dengan ingat yang banyak di waktu pagi dan petang.”

“Kau telah rugi lima hal. Hatimu sibuk dengan lupa bertasbih. Nafsumu sibuk bukan untuk berzikir. Kau jadikan ia bersandar padamu dan kau halangi dia bertasbih. Dan itu sebagai hujah Allah menanyaimu di hari Kiamat.”

                Fudhail bin Iyadh ditanya, “Wahai Aba Ali, bila seseorang itu soleh?” Dia berkata, “Jika nasihat pada niatnya, takut dalam hatinya, jujur apabila berkata dan amal soleh nampak pada anggota badannya.” Ketika Nabi SAW mikraj, Allah SWT berfirman pada Nabi “Ya Muhammad! Jika kau ingin paling warak, zuhudlah akan dunia dan cintailah Akhirat.” Nabi berkata, “Tuhanku bagaimana aku zuhud akan dunia?” Allah berfirman, “Ambillah dunia sekardar makanan, minuman dan pakaian. Jangan kau ambil untuk esok dan selalulah berzikir pada-Ku.”

Nabi berkata,  “Ya Tuhan, bagaimana aku selalu berzikir pada-Mu.” Allah berfirman, “Dengan menjauhkan diri dari manusia. Jadikan solat sebagai tidurmu dan lapar sebagai makananmu.” Rasulullah bersabda: “Zuhud akan dunia meringankan hati dan badan. Dan menyintainya membanyakkan kedukaan dan keprihatinan. Suka dunia adalah sumber segala kesalahan. Dan zuhud akan dia adalah sumber segala kebaikan dan ketaatan.”

Bab 10 Merindukan Allah SWT


                Diceritakan: “Pada suatu ketika Nabi Isa berjalan-jalan. Beliau berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menyirami tanamannya. Lalu pemuda itu berkata, “Wahai Isa, mintakan aku kepada Tuhanmu agar memberiku rezeki ‘Mahabbah’ kepada-Nya meskipun sebesar biji sawi saja.” Kemudian Nabi Isa berkata, “Engkau tidak akan kuat menerima sebanyak itu.” Pemuda itu mendesak, “Kalau begitu separuh sahaja.” Lalu Nabi Isa berdoa, “Ya Tuhanku berilah dia separuh biji sawi dari Mahabbah-Mu.”

Lalu Nabi Isa segera berlalu. Setelah beberapa lama kemudian, Nabi Isa lalu lagi di tempati itu. Maka dia bertanyakan tentang pemuda tersebut. Tetapi orang-orang berkata, “Dia telah gila dan pergi ke suatu gunung.” Nabi Isa mohon pada Allah agar dapat melihat pemuda itu lagi. Apabila Nabi Isa dapat bertemu dengan pemuda itu diberinya salam tetapi tidak menjawab oleh pemuda itu. Nabi Isa berkata, “Akulah Isa.”

Kemudian Allah member wahyu kepada Isa, “Bagaimana dia dapat mendengar ucapan manusia, jika dalam hatinya ada separuh biji sawi saja dari Mahabbah kepada-Ku. Demi Kemuliaan dan Keagungan-Ku. Kalau engkau kerat dia dengan gergaji nescaya dia tidak akan merasakan sakitnya.”

                Barangsiapa mengakui tiga hal, namun tidak bersih dari tiga hal, bererti dia tertipu. Pertama, mengakui akan manisnya zikir, sedangkan dia masih cintakan dunia. Kedua, mengaku ikhlas beramal, tetapi suka penghormatan manusia kepadanya. Ketiga, dia mengaku cinta kepada Khaliknya, tetapi dia masih perturutkan nafsunya.

                Allahumma Ya Allah, berilah kami rezeki taubat sebelum mati. Ingatkan kami ketika kami lupa. Berilah kami keuntungan akan syafaat Nabi SAW. Amin.

                Ciri-ciri orang mukmin adalah setiap saaat selalu bertaubat dan menyesali dosa-dosanya. Dia memadai apa yang ada dan sama sekali tidak terpikat pada dunia. Bahkan dia selalu beramal untuk Akhirat dan menyembah Allah dengan ikhlas.

Bab 9 Mahabah (cinta) kepada Nabi SAW


Tersebut dalam kisah membawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, “Siapakah engkau?” Makhluk itu menjawab, “Akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engakau?” Makhluk itu menjawab, “Dengan membaca selawat kepada Nabi SAW.”

Rasulullah SAW bersabda:
                “Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”

                Tanda menyintai Allah adalah mengikuti perintah-perintah-Nya, mendahulukan taat kepada-Nya, mencari redha-Nya. Adapun cinta Allah kepada hamba-Nya yang mukmin berti memuji mereka, memberi pahala kepda merkea, mengampuni mereka serta memberi nikmat kepada mereka dengan rahmat, penjagaan dan taufiq-Nya.

                Barangsiapa mengaku cinta akan Syurga namun tidak taat, jelas dia bohong. Siapa mengaku cinta Nabi SAW, namun tidak menyukai ulama dan fuqara, maka pengakuannya tidak benar. Lalu barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, tanda dia dusta dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah, padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala, maka pengakuannya adalah bohong.

                Dikatakan bahawa apabila unta sedang mabuk cinta maka dia tidak mahu makan selama empat puluh hari. Kalau dibebankan dengan barang yang terlipat kali ganda, tetap dia akan bawa. Ketika hati dia asyik mengingat kekasihnya, maka dia tidak suka makan dan tidak merasa berat dimuati barang berlipat ganda. Itu demi cintanya.

Jika demi cinta seekor unta mahu meninggalkan syahwatnya dan sanggup menanggung beban berat, apakah engkau telah meninggalkan syahwat yang diharamkan demi kerana Allah? Apakah engkau meninggalkan makanan dan minuman kerana Allah? Apakah engkau telah beban berat  demi kerana Allah? Bila sedikit pun engkau belum melakukan kebaikan itu, maka pengakuanmu adalah kosong belaka. Tidak berguna di dunia mahupun di Akhirat, di sisi makhluk atau di sisi Khalik.

Bab 8 Bertaubatlah


Fasik fakir ialah orang yang meminum arak, memakan benda yang haram, berzina dan maksiat kepada Allah. Ia keluar dari jalan ibadah dan masuk dalam kemaksiatan. Namun tidak sampai batas syirik.

Perbezaan keduanya adalah fasik kafir tidak akan diampunkan kecuali bersyahadat dan bertaubat sebelum meninggal. Sedangkan fasik fajir masih boleh diampunkan dengan bertaubat dan menyesal sebelum dia mati. Sesungguhnya setiap maksiat dating daripada syahwat dan nafsu masih boleh diampunkan. Sedangkan setiap maksiat yang datang daripada kesombongan tidak akan diampunkan. Sebagaimana punca kemaksiatan iblis adalah daripada watak kesombongannya. Oleh kerana itu seharunya engkau bertaubat atas dosa-dosamu sebelum mati. Dengan harapa semoga Allah menerima taubatmu.

Diceritakan bahawa Umar bin Khatab berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membata botol disorok di balik bajunya. Lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan Engkau beri aku malu di hadapan Umar, jangan Engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya.” Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka.”

Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini aku lihat.” Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan…ternyata memang benar arak itu cuka. Maka lihatlah kepada makhluk yang bertaubat hanya keranat takut kepada makhluk sahaja, Allah lantas mengganti araknya kepada cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesali dosanya, tentu Allah akan menerima taubatnya.

Bagi orang yang diterima taubatnya, dia akan sentiasa menjaga dirinya dari maksiat. Dalam hati seolah tidak ada kegembiraan dan sentiasa mengingat Allah. Dia suka bergaul dengan orang-orang yang soleh dan menjauhi orang fasik. Dia menganggap banyak terhadap dunia yang sedikit. Tetapi dia menganggap sedikit terhadap amal Akhirat yang banyak. Hatinya sentiasa berpaut dengan sesuatu yang telah diwajibkan Allah  atas dirinya. Dia jaga mulutnya. Selalu berfikir, bersedih dan menyesal atas dosa yang telah dilakukannya.

Bab 7 Meninggalkan Perintah Fasik Dan Munafik


Seorang wanita datang kepada Hasan al-Basri ra seraya berkata, “Sesungguhnya aku punya anak gadis yang telah meninggal. Aku ingin agar bermimpi berjumpa dengannya. Ajarkan aku sesuatu padaku agar aku dapat bermimpi berjumpa dengannya.” Kemudian Hasan mengajarinya sesuatu. Maka wanita itu lalu bermimpi melihat anak gadisnya memakai pakaian aspal. Di lehernya ada rantai membelenggu. Serta kakinya pun diikat. Kemudian dengan rasa sedih dia menceritakan hal itu kepada Hasan. Setelah selang beberapa lama, Hasan bermimpi bertemu gadis itu di Syurga.

Di kepalanya memakai mahkota. Gadis itu bertanya, “Wahai Hasan, akulah anak gadis wanita yang dating kepadamu, dan mengatakan demikian..Apakah engkau tidak mengenaliku?” Lalu Hasan berkata, “Apa yang menyebabkanmu berubah seperti apa yang aku lihat ini?” Gadis itu berkata, “Ada seorang lelaki melalui kami. Dia membaca selawat kepada Nabi SAW sekali. Sedang dalam kubur ada lima ratus lima puluh orang sedang diseksa.

Kemudian ada suara berkata, “Wahai angkatlah mereka seksaan berkat selawat lelaki itu!” Berkat selawat kepada Nabi SAW sekali saja, mereka diampuni. Maka bagaimana dengan seseorang yang membaca selawat sejak lima puluh tahun, apakah tidak mendapatkan syafaar Nabi di hari Kiamat?”

Firman Allah:
Ertinya: “Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, sesetengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh yang mungkar dan melarang memperbuat yang makhruf, mereka menggenggam tangannya (bakhil). Mereka melupakan Allah dan Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ialah orang-orang yang fasik. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan dan orang-orang kafir serta kekal di dalamnya. Itu cukup (untuk balasannya), Allah mengutuki mereka, dan untuk mereka seksaan yang abadi.”

Maka Rasulullah segera bertanya lagi, “Mengapa engkau tidak menceritakan penduduk pintu ketujuh?” Lalu Jibril menjawab, “Wahai Muhammad, janganlah engkau bertanya kepadaku tentang itu.” “Ceritakanlah kepadaku.” desak Nabi. Kemudian Jibril berkata: “Di situlah tempat orang-orang sombong dari umatmu yang mati sebelum bertaubat.”

Bab 6 Lupa kepada Allah SWT


Diceritakan bahawa sebahagian orang soleh bermimpi berjumpa dengan gurunya. Kemudian dia bertanya kepada guru itu, “Apakah kerugian yang lebih besar engkau rasakan?” Gurunya menjawab,  “Lupa kepada Allah.” Zun nun menjawab, “Allah memanggilku menghadap-Nya” seraya berkata, “Wahai orang yang mengaku-ngaku, wahai pendusta, engkau mengaku cinta pada-Ku. Namun kemudian engkau melupakan-Ku.”
Engkau selalu lupa
Sedang hatimu tetap lalai
Padahal umur kian tiada
Namun dosamu makin bertambah

Diceritakan pula seorang lelaki soleh bermimpi berjumpa ayahnya. Kemudian dia bertanya, “Wahai ayah, bagaimana keadaanmu?” Ayahnya mengatakan, “Wahai anakku, dahulu aku hidup lalai dan mati pun dalam keadaan lalai.”
Waktu terus berlalu
Sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat Maut dating bertamu
Namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
Adalah muhal dan batil

“Manusia itu berbicara tiga hal. Namun bertentangan dengan perbuatan mereka. Mereka berkata “Kami hamba Allah.” Akan tetapi mereka berbuat bebas. Mereka berkata, “Allahlah yang menanggung rezeki kami.” Namun hati mereka hanya akan tenang jika bersama harta, “Kami mesti akan mati.” Padahal mereka berbuat bagaikan orang yang tidak akan mati. Ini pun bertentangan dengan ucapan mereka. Lihatlah dirimu wahai saudaraku! Dengan badan yang mana engkau menghadap Allah? Dengan lisan apakah engkau akan menjawab-Nya Lalu apa katamu jika Dia bertanya? Siapakah jawapan yang benar atas pertanyaan itu! Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang engkau perbuat. Kemudianlah nasihatilah orang-orang mukmin agar tidak meninggalkan apa yang telah diperintahkan-Nya, serta agar mereka mengesakan-Nya dalam bersendirian dan dalam ramai. ”

Tersebut dalam hadis daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:
“Tertulis di Arasy, ‘Aku menuruti orang yang taat kepada-Ku. Aku menyintai orang yang menyintai-Ku. Aku kabulkan orang yang berdoa kepada-Ku. Dan Kuampuni orang yang mohon ampun kepada-Ku’. ”
Hendaklah orang yang berakal taat kepada Allah dengan takut dan ikhlas. Redha terhadap keputusan-Nya. Sabar atas bala-Nya. Syukur atas nikmat-Nya serta menerima atas pemberian-Nya.

                Allah SWT berkata: “Barangsiapa tidak redha terhadap keputusan-Ku, tidak sabar atas bala-Ku tidak bersyukur atas nikmat-Ku serta tidak menerima akan pemberian-Ku, hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku.”

Bab 5 memerangi nafsu syaitan


“Sesungguhnya syaitan itu menjalar ke seluruh tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar”

Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Allah kelak pada hari Kiamat adalah orang yang paling kuat menahan lapar dan hausnya. Dan bahaya yang paling besar bagi manusia adalah syahwat perut.
Barangsiapa telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba syahwatnya. Ia merengkuk dalam penjara kegilaannya. Dan hatinya semakin lalai. Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti dia telah menahan ‘pohon’ penyesalan dalam hatinya.

Dan sabda Rasulullah SAW:
“Jihad paling utama adalah memerangi nafsu..”
Jika engkau berjaya membunuh kafir, kamu akan mendapat harta rampasan. Namun jika engkau terbunuh engkau akan mendapat Syurga. Padahal jelas engkau tidak akan dapat membunuh syaitan. Tetapi jika kau dikalahkan oleh  syaitan, tentu akan mendapat seksa daripada Allah.

Bab4 Melatih diri menahan nafsu dan syahwat


Allah SWT telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa AS:
“Wahai Musa, jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu, daripada keraguan hatimu kepada hatimu, daripada rohmu kepada badanmu, daripada cahaya penglihatan kepada matamu dan daripada pendengaranmu kepada telingamu maka perbanyaklah membaca selawat kepada Muhammad SAW”

Bab 3 Sabar dan sakit

“Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika kau sakit, janganlah segera menerima sembuh..”

Bab 2 Menangis kerana takut kepada Allah SWT

Sesungguhnya Allah telah berkata: “Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan dia di Akhirat. Dan barangsiapa aman dengan-Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat”

“Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis..”

Bab 1 Takut kepada Allah

Bab 1 Takut kepada Allah
 “Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku tutup semua pintu langit baginya.”

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara:
Pertama, pada lisannya. Dia menghindarkannya daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong, dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan berzikir , membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

Kedua, pada hatinya. Dia membuang masa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadapat sahabatnya. Lantaran, kedengkian dapat menghapuskan kebaikan sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu”

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat”

Keempat, pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Nabi SAW bersabda:

“Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka”

Kelima, pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakannya untuk perkara yang haram. Tetapi hanya mempergunakannya untuk taat kepada Allah.

Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh  ribu aula. Setiap aula ada tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk di situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah”

Keenam, pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya, serta untuk bergaul dengan para ulama orang-orang yang soleh.

Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut daripada riak dan munafik.

Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)”

Seolah-olah Allah mengatakan: Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api neraka.