Mutiara Wahyu

Bab 8 Bertaubatlah


Fasik fakir ialah orang yang meminum arak, memakan benda yang haram, berzina dan maksiat kepada Allah. Ia keluar dari jalan ibadah dan masuk dalam kemaksiatan. Namun tidak sampai batas syirik.

Perbezaan keduanya adalah fasik kafir tidak akan diampunkan kecuali bersyahadat dan bertaubat sebelum meninggal. Sedangkan fasik fajir masih boleh diampunkan dengan bertaubat dan menyesal sebelum dia mati. Sesungguhnya setiap maksiat dating daripada syahwat dan nafsu masih boleh diampunkan. Sedangkan setiap maksiat yang datang daripada kesombongan tidak akan diampunkan. Sebagaimana punca kemaksiatan iblis adalah daripada watak kesombongannya. Oleh kerana itu seharunya engkau bertaubat atas dosa-dosamu sebelum mati. Dengan harapa semoga Allah menerima taubatmu.

Diceritakan bahawa Umar bin Khatab berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membata botol disorok di balik bajunya. Lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya ia membawa arak namun takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan Engkau beri aku malu di hadapan Umar, jangan Engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya.” Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka.”

Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini aku lihat.” Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan…ternyata memang benar arak itu cuka. Maka lihatlah kepada makhluk yang bertaubat hanya keranat takut kepada makhluk sahaja, Allah lantas mengganti araknya kepada cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesali dosanya, tentu Allah akan menerima taubatnya.

Bagi orang yang diterima taubatnya, dia akan sentiasa menjaga dirinya dari maksiat. Dalam hati seolah tidak ada kegembiraan dan sentiasa mengingat Allah. Dia suka bergaul dengan orang-orang yang soleh dan menjauhi orang fasik. Dia menganggap banyak terhadap dunia yang sedikit. Tetapi dia menganggap sedikit terhadap amal Akhirat yang banyak. Hatinya sentiasa berpaut dengan sesuatu yang telah diwajibkan Allah  atas dirinya. Dia jaga mulutnya. Selalu berfikir, bersedih dan menyesal atas dosa yang telah dilakukannya.

0 comments: