Mutiara Wahyu

Bab 9 Mahabah (cinta) kepada Nabi SAW


Tersebut dalam kisah membawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, “Siapakah engkau?” Makhluk itu menjawab, “Akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engakau?” Makhluk itu menjawab, “Dengan membaca selawat kepada Nabi SAW.”

Rasulullah SAW bersabda:
                “Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun.”

                Tanda menyintai Allah adalah mengikuti perintah-perintah-Nya, mendahulukan taat kepada-Nya, mencari redha-Nya. Adapun cinta Allah kepada hamba-Nya yang mukmin berti memuji mereka, memberi pahala kepda merkea, mengampuni mereka serta memberi nikmat kepada mereka dengan rahmat, penjagaan dan taufiq-Nya.

                Barangsiapa mengaku cinta akan Syurga namun tidak taat, jelas dia bohong. Siapa mengaku cinta Nabi SAW, namun tidak menyukai ulama dan fuqara, maka pengakuannya tidak benar. Lalu barangsiapa mengaku takut akan neraka, tetapi tidak meninggalkan maksiat, tanda dia dusta dan barangsiapa mengaku cinta kepada Allah, padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala, maka pengakuannya adalah bohong.

                Dikatakan bahawa apabila unta sedang mabuk cinta maka dia tidak mahu makan selama empat puluh hari. Kalau dibebankan dengan barang yang terlipat kali ganda, tetap dia akan bawa. Ketika hati dia asyik mengingat kekasihnya, maka dia tidak suka makan dan tidak merasa berat dimuati barang berlipat ganda. Itu demi cintanya.

Jika demi cinta seekor unta mahu meninggalkan syahwatnya dan sanggup menanggung beban berat, apakah engkau telah meninggalkan syahwat yang diharamkan demi kerana Allah? Apakah engkau meninggalkan makanan dan minuman kerana Allah? Apakah engkau telah beban berat  demi kerana Allah? Bila sedikit pun engkau belum melakukan kebaikan itu, maka pengakuanmu adalah kosong belaka. Tidak berguna di dunia mahupun di Akhirat, di sisi makhluk atau di sisi Khalik.

0 comments: